IPOH 29 Sept. – Lebih banyak sesi turun padang berhubung program Beli Produk Muslim Dulu (BMF) akan dilakukan menerusi kerjasama dengan pihak pengurusan masjid di negeri ini sekali gus memperluaskan capaian kepada pengguna. Program yang akan dilakukan secara berperingkat-peringkat mulai Oktober ini termasuk membawa usahawan-usahawan untuk mempromosikan pelbagai produk keluaran masing-masing secara langsung. Pengerusi Gerakan Pembela Ummah (Ummah) negeri Perak, Idham Lim berkata, program tersebut bagi memastikan gelombang kempen BMF…










