BENGALURU – Produk halal Malaysia, terutamanya barangan kosmetik dan penjagaan peribadi mendapat permintaan tinggi di India meskipun pertumbuhan jualan perlahan pada 2018, menurut Halal Industry Development Corporation Sdn. Bhd. (HDC). Pengurus Bahagian Antarabangsanya, Mohammad Shukur Sugumaran berkata, pengimport India menunjukkan minat tinggi untuk mendapatkan produk dari Malaysia berikutan kesedaran yang semakin meningkat untuk mencari produk yang bersih, organik, sihat dan selamat terutamanya dalam kalangan generasi muda. “Permintaan adalah amat besar…










