KOTA TINGGI 24 Sept. – Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua berjaya mematahkan percubaan menyeludup satu kilogram dadah jenis syabu bernilai RM120,000 dan 190 ekor burung dalam satu serbuan di Sungai Rengit dekat sini kelmarin. Komander PPM Wilayah Dua, Asisten Komisioner Paul Khiu Khon Chiang berkata, dalam operasi pada pukul 11.10 malam itu, pihaknya menahan seorang lelaki warga Indonesia berusia 30 tahun. Menurut beliau, burung yang diselamatkan adalah burung dilindungi…










