KUALA TERENGGANU 3 Sept. – Polis yakin berjaya melumpuhkan satu sindiket pengedaran dadah di negeri ini dengan tertangkapnya seorang penganggur berusia 34 tahun berserta sejumlah 60,000 pil kuda bernilai RM600,000 dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Padang Machang, Manir di sini kelmarin. Ketua Polis Terengganu, Datuk Aidi Ismail berkata, pihaknya juga percaya ia merupakan rampasan terbesar di Terengganu setakat ini hasil serbuan kira-kira pukul 7.30 malam oleh sepasukan pegawai…










