GUA MUSANG – Kejadian pokok tumbang dan tersangkut pada kabel elektrik di Kiometer 44.1 Jalan Gua Musang-Kuala Krai di sini, menyebabkan kesesakan lalu lintas selama tiga jam, petang semalam. Kejadian itu berlaku pada pukul 7 petang berhampiran Masjid Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Paloh 2 menyebabkan berpuluh kenderaan pengguna jalan raya terkandas apabila pokok tumbang menghalang jalan. Seorang pengguna jalan raya, Muhammad Adzrin Abdullah, 33, berkata, kejadian itu berlaku apabila…










