MEMPUNYAI sahabat yang baik bukan sahaja memberi kebahagiaan hidup di muka bumi tetapi sebenarnya merupakan rahmat besar untuk kehidupan di akhirat. Kenapa? Sahabat yang baik akan membantu kita mengingat Tuhan dan membawa ke jalan kebenaran, manakala sahabat buruk perangainya akan mendorong kita sama-sama membuat kemungkaran. Banyak masa kita di dunia ini dihabiskan dengan rakan sekerja mahu pun rakan sepermainan. Maka, tidak hairan segala aktiviti kita akan dipengaruhi oleh sahabat-sahabat sekeliling.…









