KUALA LUMPUR 2 Sept. – Piagam kerjasama UMNO dan Pas yang akan dimeterai pada 14 September ini merupakan satu persefahaman bersama yang perlu dimeterai dalam bentuk Memorandum Persefahaman (MoU) demi masa hadapan dan kedaulatan negara. Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Saarani Mohamed berkata, perjuangan kedua-dua parti Melayu dan Islam itu selari dan mendokong tujuan membangunkan negara, mendaulatkan tanah air, menjunjung Perlembagaan dan pada waktu sama bertanggungjawab menjaga, mempertahankan…










