KUALA LUMPUR 2 Sep.- Kerajaan Pakatan Harapan (PH) perlu menghadapi kenyataan dan memperbaiki pentadbiran berikutan 63 peratus responden sesi perbincangan bertajuk Masa Hadapan Malaysia berpandangan negara sedang menuju arah yang salah. Presiden Gerakan, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai berkata, Perdana Menteri juga tidak seharusnya bertindak sewenang-wenang sebaliknya perlu mendengar pendapat umum. “Walaupun lebih daripada separuh orang berpendapat PH telah melakukan sesuatu yang salah namun Tun Dr. Mahathir Mohamad masih…










