KANGAR 30 Sept. – Keadaan Pesuruhjaya Pas negeri, Mohd. Shukri Ramli yang masih ditempatkan di unit rawatan koronari (CCU) Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini dilaporkan kritikal. Ketua Penerangan Pas negeri, Dr. Saifizi Saidon berkata, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sanglang itu diletakkan di bawah pengawasan rapi di CCU hospital berkenaan dengan hanya keluarga terdekat sahaja dibenarkan melawat. Katanya, doktor menasihatkan mana-mana pihak yang ingin melawat Mohd. Shukri agar menangguhkannya…










