BAGAN SERAI 24 Sept. – Lebih 100 pesawah di sini mengadakan perhimpunan bagi membantah masalah kelewatan menerima benih padi untuk penanaman musim kedua tahun ini. Pesawah sudah pun memulakan kerja membajak tanah sejak lebih seminggu lalu namun bekalan benih padi belum lagi mereka terima. Seorang pesawah, Mohamad Zaki Shaari berkata, kelewatan bekalan benih padi boleh menjejaskan tanaman dan akan merugikan pesawah. Menurutnya, sehingga kini para pesawah di sini tidak tahu…










