PETALING JAYA – Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua) menyasarkan jualan sebanyak 6,000 unit sebulan bagi model terbaharu, Axia 2019 yang dilancarkan semalam. Model terbaharu itu didatangkan dengan enam varian iaitu, E, G, GXtra, SE, AV dan varian baharu, Style dengan mengekalkan enjin 1.0 liter VVT-i. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Zainal Abidin berkata, sejak tempahan dibuka pada 22 Ogos lalu, pihaknya telah menerima lebih daripada 5,000 tempahan…









