KUALA LUMPUR 3 Sept. – Kempen utamakan produk Muslim perli dilihat dari perspektif yang lebih besar bagi menjurus ke arah keharmonian kaum. Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, umat Islam membeli produk bumiputera supaya perniagaan mereka terus maju dan setanding dengan produk yang dihasilkan bukan bumiputera. “Langkah ini sekali gus mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan kepada anak-anak muda bumiputera,” katanya kepada Utusan Online hari ini.…










