KUALA LUMPUR 19 Sept. – Keazaman politik yang teguh diperlukan untuk menjayakan sektor tenaga boleh diperbaharui di Malaysia, menurut pakar ekonomi terkenal, Prof. Jomo Kwame Sundaram. Beliau berkata, Malaysia memiliki banyak potensi berkaitan panel solar fotovoltaik dan biodiesel berasaskan minyak sawit. “Pada masa ini di Eropah, kereta dijanakan oleh biodiesel, namun di Malaysia, kita membahaskan mengenai sama ada kita boleh atau tidak memajukannya. Keazaman politik perlu ada. Kita sewajarnya melaksanakan…










