KLANG – Empat penyeludup rokok terkedu apabila stor penyimpanan mereka di rumah teres dua tingkat diserbu Pasukan Polis Marin (PPM) dalam kejadian di Taman Sentosa di sini semalam. Serbuan dilakukan PPM Pelabuhan Klang pukul 10.20 pagi ketika keempat-empat suspek berusia 22 hingga 24 tahun sedang menyusun kotak di dalam rumah tersebut. Komander Pasukan Polis Marin Wilayah 1, Asisten Komisioner Rosman Ismail berkata, rokok-rokok seludup tersebut dipercayai baharu sahaja tiba di…










