JAKARTA 21 Sept. – Mahkamah mengisytiharkan penyanyi popular Mulan Jameela sebagai pemenang sah anggota Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) bagi tempoh 2019-2024, hari ini. Mahkamah membuat keputusan itu selepas Mulan dan lapan calon DRP memfailkan saman sivil ke atas parti Gerindra yang diwakilinya selepas namanya digugurkan daripada senarai itu dan digantikan dengan individu yang lain. Ketua Hakim Zulkifli memberitahu, keputusan itu adalah berdasarkan notis keputusan Komisi Pemilihan Umum (KPU) bernombor 1341/PL.01.9-Kpt/06/KPU/IX/2019…










