JELAJAH Pemacu Api 2019 bersama Toko Kilat dan Noh Salleh akhirnya melabuhkan tirai setelah menjelajah tiga negeri iaitu Pulau Pinang, Johor dan juga Kuala Lumpur. Noh Salleh juga mencuba sesuatu yang baharu apabila mengambil peluang untuk berkolaborasi bersama Mariam Lisa (cello) dan juga Jasmine (seruling) yang memberi satu kepuasan kepada audiens. Kita seperti terlena dalam muzik itu. Lebih emosional dan sayu terutamanya lagu Sang Penikam. NOH SALLEH cukup menghargai…










