KUALA LUMPUR 18 Sept. – Protasco Bhd. mengumumkan Pengerusi dan Pengarahnya, Tan Sri Datuk Dr. Hadenan A Jalil yang telah berkhidmat selama sembilan tahun meninggal dunia. Hadenan, 73, meninggal dunia tengah hari tadi di rumah beliau di Sungai Buloh, Selangor bersama ahli keluarga di sisi. Naib Pengerusi Eksekutif dan Pengarah Urusan Kumpulan, Datuk Sri Ir. Chong Ket Pen berkata, beliau bukan sahaja Pengerusi tetapi juga ketua keluarga Protasco. “Kehadiran dan…










