KUALA LUMPUR 23 Sept. – Pengawal selia pasaran modal perlu meningkatkan usaha pendidikan pelabur mereka untuk memacu literasi kewangan dan penyertaan bermaklumat dalam pasaran modal, menurut Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC), Datuk Syed Zaid Albar. Katanya, walaupun pertumbuhan ekonomi yang pesat, jurang yang ketara kekal antara pasaran pesat membangun dan ekonomi maju. “Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) nominal per kapita dalam ekonomi maju adalah hampir sembilan kali lebih tinggi daripada…










