ALOR SETAR 12 Sept. – Penduduk di negeri ini menuntut Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kota Setar yang sudah siap dibina dibuka permohonan untuk didiami oleh semua kaum berdasarkan ‘janji’ yang dibuat sebelum ini. Ini berikutan, pemohon bukan bumiputera didakwa tidak layak menghuni atau menyewa PPR tersebut yang terletak berdekatan Persiaran Hijau Kuning, di sini ekoran faktor tanahnya yang berstatus rizab Melayu. Pengerusi Pertubuhan Bantuan Bertindak Negeri Kedah, Thana Chew Ne…










