KUALA LUMPUR 26 Sept. – Penaja sering menjanjikan ‘bulan dan bintang’ tetapi apabila tiba masa melunaskan bayaran, ranjau yang terpaksa ditempuh amat hebat. Itu realiti liga bola sepak Malaysia yang sudah lama memasuki era profesional, namun masih terpaksa berdepan isu penaja kurang profesional sehingga menyebabkan persatuan dihimpit masalah kewangan dan akhirnya gagal membayar gaji pemain. Perkara tersebut didedahkan Penasihat Undang-Undang Persatuan Bolasepak Melaka United (MUSA), Zhafri Aminurashid ketika menjelaskan mengenai…










