KEMAMAN – Hasrat empat pemuda untuk minum lewat malam bersama tidak kesampaian apabila salah seorang daripada mereka maut dalam kemalangan di Kilometer 158.6, Jalan Kuala Terengganu – Kuantan berhampiran Taman Perwaja, Geliga di sini hari ini. Dalam kejadian pada pukul 1 pagi itu, Muhammad Badrul Amin Mohd. Fauzi, 19, maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala. Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramli berkata, sewaktu kejadian, difahamkan…










