BUTTERWORTH 21 Sept. – Kerajaan berharap lebih banyak projek komersial di atas tanah wakaf dapat dibangunkan di seluruh negara dengan kerjasama pemaju swasa bagi memberi kemudahan khususnya dalam aspek pemilikan rumah kepada umat Islam. Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof, bentuk pembangunan itu merupakan instrumen sosio ekonomi yang dapat meringankan beban kos pembangunan yang perlu ditanggung kerajaan untuk membangunkan tanah wakaf. Ujar beliau, pembangunan dengan…










