LONDON – Pengurus Tottenham Hotspur, Mauricio Pochettino tetap percaya skuad kendaliannya mampu mencapai sesuatu pada musim ini meskipun seri 2-2 ketika menentang Arsenal pada aksi Liga Perdana England (EPL) di Stadium Emirates malam kelmarin. Pada perlawanan itu, Spurs mensia-siakan kelebihan dua gol apabila membenarkan The Gunners melakukan kebangkitan, sekali gus menyaksikan kedua-dua pasukan berkongsi mata. Meskipun kecewa gagal membawa pulang tiga mata, Pochettino bagaimanapun menegaskan bahawa skuad kendaliannya sudah mula…










