PUTRAJAYA 24 Sept. – Kerajaan telah membuat keputusan untuk melaksanakan proses memindahkan pelajar Malaysia dari kawasan-kawasan yang terjejas teruk ekoran bencana jerebu di Provinsi Riau dan Jambi, Indonesia. Menurut Wisma Putra, pada masa ini terdapat kira-kira 300 orang pelajar Malaysia di Riau dan Jambi. Jelasnya, proses pemindahan itu akan melibatkan pelajar Malaysia yang menuntut di daerah yang telah diisytiharkan Darurat Pencemaran Udara oleh kerajaan Indonesia bermula semalam sehingga 30 September ini. Tambahnya,…










