GUA MUSANG – Seorang pelajar lelaki terpaksa menahan kepedihan akibat paha melecur selepas terkena asid sitrik dengan menunggang motosikal selama 15 minit untuk pulang ke rumah sebelum menerima rawatan di Hospital Gua Musang, petang semalam. Bagaimanapun, Ahmad Fahmie Ahmad, 17, dilaporkan stabil dan dibenarkan pulang selepas menerima rawatan itu. Ahmad Fahmie yang merupakan pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Maahad Muhammadi Gua Musang berkata, dia dihantar ke hospital oleh bapanya selepas…









