MELAKA 24 Sept. – Seorang pekerja kilang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini sebentar tadi atas tuduhan merogol remaja perempuan berumur 13 tahun yang dikenalinya dari aplikasi ‘Wechat’ sejak dua bulan lalu. Mohd. Nur Aliff Ismail, 22, bagaimanapun tidak mengaku bersalah selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Elesabet Paya Wan. Mengikut pertuduhan, tertuduh yang menetap di Segamat, Johor didakwa melakukan persetubuhan tanpa kerelaan terhadap pelajar tingkatan…










