GEORGE TOWN – Seorang pekerja kilang cedera selepas terkena asid nitrik yang tumpah dalam kejadian di sebuah kilang membuat peralatan perubatan di Bayan Lepas dekat sini hari ini. Dalam kejadian kira-kira pukul 10.40 pagi itu, mangsa lelaki berusia 57 tahun cedera pada kaki selepas terkena bahan kimia itu. Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkara, pasukannya yang tiba di lokasi kejadian mendapati sebuah tong plastik berisi asid nitrik telah bocor.…










