ALOR SETAR – Dua lelaki termasuk seorang peguam ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) negeri bagi membantu siasatan berhubung dakwaan rasuah berkaitan satu kes pengedaran dadah. Peguam yang berusia 51 tahun ditahan di pejabat SPRM negeri di sini kira-kira pukul 9.30 malam semalam manakala pembantunya berusia 36 tahun ditahan di kantin Hospital Baling kira-kira pukul 4.30 petang semalam. Mereka direman selama dua hari bermula hari ini dengan siasatan dilakukan mengikut…










