PUTRAJAYA 18 Sept.- Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersedia membantu Jabatan Alam Sekitar (JAS) untuk menangani aktiviti pembakaran terbuka di dalam negara ini. Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador menjelaskan, sehingga kini tiada tangkapan yang dibuat pihaknya ekoran kegiatan itu. “Kita bersedia membantu JAS jika ada permintaan untuk menangani pembakaran terbuka. “Polis akan mengambil tindakan sekiranya ada bukti kukuh bahawa pihak terlibat melanggar undang-undang,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Pelancaran Kerangka Dasar Luar Negara Malaysia Baharu di sini hari ini. Bermula 11 September lalu, JAS telah melaksanakan larangan pembakaran…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya