KUALA LUMPUR 24 Sept. – Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas perlu meletak jawatan kerana tindakannya dalam inkues kematian Allahyarham Muhammad Adib Mohd. Kassim. Ketua Penerangan Pas, Kamaruzaman Mohamad berkata, jika Tommy enggan meletak jawatan parti tersebut akan merafak sembah Yang di-Pertuan Agong supaya memecat beliau sebagai Peguam Negara. Kata beliau, langkah itu berpandukan Perkara 145 (5) Perlembagaan Persekutuan, iaitu Peguam Negara hendaklah memegang jawatan selama diperkenankan oleh Yang di-Pertuan…










