JELEBU 1 Sept. – Majlis perkahwinan sepasang suami isteri yang bisu dan pekak di Kampung Amar Penghulu dekat sini hari ini meninggalkan kenangan manis apabila seramai 45 ahli keluarga pengantin perempuan memakai tanjak. Bapa saudara pengantin perempuan, Datuk Baharudin Jali berkata, semua mereka sepakat memakai tanjak untuk majlis itu bagi mengangkat warisan budaya yang menjadi identiti orang Melayu sejak dahulu kala. Katanya, pemakaian tanjak itu diharap dapat mengembalikan kegemilangan busana…










