KUALA LUMPUR 25 Sept. – Penjenamaan semula Pahang Medical Centre (PMC), hospital pakar milik Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu (MUIP) pada 2017 adalah untuk mengelak kekeliruan orang ramai bahawa hospital pakar pelbagai disiplin itu hanyalah khas untuk orang Islam. Pengarah Eksekutif PMC, Datuk Dr. Abd Razak Abdullah berkata, PMC yang bermula sebagai klinik yang menawarkan rawatan pesakit luar dan perkhidmatan bersalin di lot kedai sejak tahun 90-an di Pahang dan kemudian dikenali sebagai Pusat Rawatan Keluarga MUIP sememangnya terbuka kepada semua bangsa namun masih menimbulkan keraguan kerana ianya…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya