TANJUNG MALIM 28 Sept. – Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) terus beraksi cemerlang dalam arena pengucapan awam apabila dua orang wakilnya dinobatkan sebagai juara Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM) Piala Perdana Menteri 2019. Paling menarik pastinya wakil dalam kategori Pelajar Antarabangsa di Malaysia, Moustapha Koutoub Sano yang berjaya menewaskan wakil Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Mad Rokiyah (Kemboja) dan wakil Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Ibrahim Youssef Abdelhamid Elbayoumy Aboukhateta (Mesir).…










