GEORGE TOWN, 19 Sept. – Pulau Pinang terpaksa akur apabila gagal ke peringkat suku akhir dalam saingan Piala Malaysia 2019 setelah tewas di laman sendiri kepada pasukan Pahang 0-2 dalam perlawanan terakhir Kumpulan C, malam tadi. Ketua jurulatih Pulau Pinang Manzoor Azwira Abdul Wahid berkata biarpun tewas, anak didiknya telah mempamerkan kesungguhan tinggi semasa perlawanan serta memperoleh pengalaman lebih baik kerana skuad Harimau Kumbang itu dibarisi pemain muda berbakat. “Kita…










