GUA MUSANG – Sebanyak 1,000 pokok terung yang sedang diusahakan penduduk Orang Asli suku Bateq di Kampung Kuala Koh di sini sebagai permulaan projek ekonomi mereka bakal mendapat pulangan hasil kira-kira sebulan lagi. Tanaman pokok terung itu dibekalkan oleh Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) kepada 52 keluarga Orang Asli sejak dua minggu lalu. Seorang penduduk Orang Asli, Fazir Pikas, 20, berkata, dia bersama penduduk lain sudah mempunyai peluang pekerjaan apabila menjaga pokok terung berkenaan. Katanya, golongan muda di kampung itu diajar oleh pihak Jakoa untuk menjaga kebun terung…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya