BUTTERWORTH 25 Sept. – Nombor pendaftaran kenderaan PPD1 berjaya dibida pada harga tertinggi iaitu RM120,000 manakala PPD9 dijual pada harga RM53,888. Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata, siri PPD telah dibuka bagi tempahan bermula 19 September sehingga Isnin lalu sebelum pembida yang berjaya diumumkan kelmarin. Katanya, jumlah kutipan permohonan yang berjaya bagi siri PPD mencecah RM1,106,545 dan merupakan siri kedua menggunakan sistem online…










