PETALING JAYA – Pelakon Jasmin Hamid lega apabila netizen yang memfitnah rupa fizikal anak angkatnya, Rohana Abd. Hamid telah tampil membuat permohonan maaf secara terbuka. Menurut Jasmin, tohmahan yang dilemparkan kepada anaknya dalam media sosial Instagram dianggap keterlaluan kerana menyentuh fizikal dan perwatakan anaknya, Rohana, 32. “Niat saya mengadakan sidang akhbar permohonan maaf secara rasmi ini hanya mahu melihat individu yang membuat fitnah terhadap anak saya menarik balik tohmahan mereka.…










