KUALA LUMPUR 3 Sept. – Malaysia kehilangan hasil sehingga RM6 bilion akibat penangkapan ikan secara haram setiap tahun, kata Pengarah Bahagian Perikanan Tangkapan dan Pelesenan di Jabatan Perikanan Malaysia, Wan Muhammad Aznan Abdullah. Beliau berkata, meskipun langkah-langkah penguatkuasaan yang ketat di Indonesia, Malaysia dan Thailand, isu penangkapan ikan secara haram, tidak dilaporkan dan tidak terkawal (IUU) terus berleluasa memandangkan pulangan pelaburannya lumayan dan juga kerana kawasan luas yang menyukarkan kepolisian…










