TOKYO 19 Sept. – Kapten Rusia, Vasily Artemyev melaungkan amaran, permainan ala Fast and furious mereka mampu menghukum Jepun jika tuan rumah gagal mempamer aksi terbaik dalam perlawanan pembukaan Ragbi Piala Dunia esok. Jepun memulakan kempen Kumpulan A di Tokyo sebagai pasukan pilihan, namun Artemyev menegaskan, skuad The Bears mempunyai strategi untuk menghukum anak-anak buah Jamie Joseph. “Tekanan lebih dirasai Jepun kerana mereka terdesak untuk mempamerkan aksi terbaik di depan…









