KUALA LUMPUR 2 Sept. – Seperti semua pemain Harimau Malaya yang lain, pemain sayap Perak, J. Partiban sudah memperkuatkan mentalnya untuk berdepan provokasi penyokong Indonesia apabila beraksi dalam perlawanan pembukaan Kumpulan G, kelayakan kedua Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023, Khamis depan. Biarpun kali pertama dipanggil menyarung jersi skuad senior, pemain berusia 26 tahun itu berkata, sebagai pemain bola sepak mereka sememangnya disiap sediakan secara mental dan fizikal untuk menghadapi situasi…










