KUALA LUMPUR 30 Sept. – Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa bekas Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Razak telah meluluskan cadangan pinjaman jangka masa pendek berjumlah RM6.17 bilion dan Nota 10 Tahun bernilai AS$10 bilion dalam pengambilalihan Tanjong Energy Holdings Sdn. Bhd. (TEHSB). Kelulusan tersebut adalah berdasarkan Akta Jaminan (Pertubuhan Perbadanan 1965) dan dikeluarkan selepas mendapat kebenaran daripada Ahli Lembaga Pengarah 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan pemegang saham…










