Warden sepenuh masa ditempatkan di 58 MRSM bermula tahun depan

Warden sepenuh masa ditempatkan di 58 MRSM bermula tahun depan

ASYRAF WAJDI DUSUKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Warden sepenuh masa akan ditempatkan di 58 Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di seluruh negara bermula tahun hadapan sebagai langkah memperkukuh aspek disiplin dan pengurusan pelajar di institusi berkenaan.

Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, jawatan itu akan diisi dalam kalangan bekas anggota beruniform yang dipilih secara ketat dan diwajibkan mengikuti latihan khas bagi memastikan mereka memahami Falsafah Pendidikan MARA sebelum ditempatkan di MRSM.

“Guru-guru tidak perlu lagi terbeban dengan tugas warden, hanya fokus mengajar, mendidik dan kemenjadian pelajar,” katanya di Facebook.

Asyraf Wajdi sebelum ini dilapor menyatakan projek rintis pelantikan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sebagai warden di dua MRSM bermula Ogos, berpotensi diperluas ke seluruh negara sekiranya penilaian enam bulan pelaksanaannya menunjukkan hasil positif.

Katanya, tempoh enam bulan itu penting bagi memberi ruang kepada penyelidik Universiti Putra Malaysia (UPM) untuk menilai keberkesanan projek rintis berkenaan sebelum laporan penuh dibentangkan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN