KUALA TERENGGANU 22 Sept. – Keseronokan tiga sahabat berusia 7 tahun mandi manda di muara Sungai Kuala Ibai di sini berakhir tragedi pilu apabila seorang daripada mereka mati lemas dalam kejadian petang tadi. Mayat mangsa, Fakih Abd. Rahman Mohd. Amran, murid Sekolah Kebangsaan (SK) Pusat Kuala Ibai dijumpai di dasar sungai pukul 6.33 petang. Sebelum itu, mangsa bersama dua kawannya mandi di situ kira-kira pukul 5.30 petang dan tidak lama…










