WASHINGTON DC 18 Sept. – Segala proses dan prosedur operasi standard (SOP) agensi-agensi penting di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) dijangka diperketat selain langkah lain diambil bagi mengelak aktiviti melanggar undang-undang melibatkan pegawai dan kakitangannya. Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang kini melakukan lawatan kerja ke Amerika Syarikat, berkata beliau akan memanggil semua kepimpinan dan pegawai kanan yang menguruskan agensi utama seperti Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan Jabatan…










