KUALA LUMPUR – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan hari ini mengulangi pendiriannya bahawa cadangan program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H) bagi rumah mewah yang tidak terjual, terbuka kepada semua pembeli antarabangsa dan bukan pembeli dari China sahaja. Menterinya, Zuraida Kamaruddin berkata, kempen tersebut bertujuan menyelesaikan isu lambakan rumah mewah yang tidak terjual. “Saya perlu perbetulkan kerana mereka terus mengatakan ia (MM2H) untuk pembeli dari China, ia tidak benar, kami menawarkan…










