KUALA LUMPUR 23 Sept. – Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) mempunyai bukti mencukupi untuk meneruskan siasatan anti lambakan terhadap produk batang penulangan konkrit keluli (Rebar) yang diimport dari Singapura dan Turki. MITI dalam satu kenyataannya berkata, penyiasatan awal itu dilakukan di bawah Seksyen 23 Akta Duti Timbal Balas dan Anti Lambakan 1993 (Akta) berikutan petisyen difailkan oleh Persatuan Besi Keluli Malaysia yang mewakili pengeluar tempatan bagi Rebar. Menurutnya, petisyen…










