KUALA LUMPUR 19 Sept. – Empat lagi tiket suku akhir Kejohanan Bola Sepak Piala Emas Raja-raja (PERR) Ke-79, 2019 disahkan hari ini dengan muka baharu, Majlis Sukan India Malaysia (MISC) mencipta kejutan kerana tetap berjaya meraihnya biarpun dikalahkan Selangor 2-1 di Stadium Mini Jitra, Kedah. MISC disertai oleh sebuah lagi pasukan bukan pilihan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) FC yang menyelit sebagai wakil kedua Kumpulan A ke peringkat kalah…










