KUALA LUMPUR, 19 Sept. – Persekutuan Lawan Pedang Malaysia (MFF) optimis skuad negara mampu meraih sekurang-kurangnya satu pingat emas daripada 12 acara yang dipertandingkan dalam Sukan SEA ke-30 di Filipina, November ini. Presiden MFF, Rusni Abu Hassan berkata, sandaran utama untuk memburu pingat emas diletakkan kepada atlet senior, Joshua Koh I-Jie yang pernah meraih emas dalam acara Epee pada edisi 2011 di Indonesia, selain gangsa pada Sukan SEA Kuala Lumpur…










