PUTRAJAYA – Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berpuas hati dengan dengan tahap kesiapsiagaan yang dipamerkan warga Kementerian Kesihatan di blok E7 di sini bagi menghadapi kecemasan kebakaran. Kementerian Kesihatan hari ini mengadakan simulasi kebakaran yang dikatakan berpunca dari litar pintas di aras enam blok E7 yang mempunyai 13 tingkat ketika 876 petugas sedang bekerja. Dua petugas yang terperangkap berjaya dibawa turun menggunakan skylift Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia…










