IPOH – Tindakan sekumpulan lapan lelaki mengetuk pintu pagar dengan kuat mengakibatkan seorang wanita mati terkejut dipercayai terkena serangan jantung dalam kejadian di sebuah rumah di Jalan New Delhi, Kampung Baru Buntong di sini kelmarin. Kejadian pada pukul 8 malam itu dikatakan berlaku ketika M. Abiramy, 45, sedang berdiri dekat pintu pagar berkenaan bagi meleraikan pergaduhan antara anak lelakinya, N. Thana Seelan, 23, dengan kumpulan samseng tersebut. Ikuti berita selanjutnya di…










